90 Pesakit Covid-19 Pulih, 50 Jangkitan Baru dan Tiada Kematian Hari Ini – KKM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sebanyak 50 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah kes kumulatif virus berkenaan di negara ini sebanyak 7,059 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,149 kes.

Pada masa sama, 90 kes dilaporkan telah pulih dan dibenarkan keluar hospital.

“Ingin dimaklumkan daripada 50 kes baharu yang dilaporkan, tiga kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada 47 kes penularan tempatan, 41 kes adalah bukan warganegara Malaysia (pekerja asing dan pendatang tanpa izin) dengan 34 kes telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Bukit Jalil.

“Mereka ini telah berada di dalam tahanan sejak sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Khamis.

Beliau berkata, buat masa ini, terdapat 10 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan tujuh pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, katanya Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) memaklumkan tiada kes kematian baharu berkaitan COVID-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 114 kes (1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat