Nadi usahawan @ shopee perkukuh pemerkasaan usahawan komuniti

PUTRAJAYA, 21 April 2026 – Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil hari ini merasmikan Kempen NADI Usahawan @ Shopee, hasil kolaborasi antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Shopee. Program
ini menjadi wadah yang menghimpunkan usahawan komuniti serta rakan strategik
industri untuk memperkukuh jaringan, memperluas perkongsian ilmu, dan membuka
lebih banyak peluang pertumbuhan perniagaan.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada teras Keusahawanan di bawah Program
Perkhidmatan Pintar NADI, yang memfokuskan kepada pembangunan kapasiti
usahawan komuniti bagi memanfaatkan peluang dalam ekonomi digital.

Program ini dijadualkan bermula Februari hingga Ogos 2026. Sehingga hari ini,
program ini telah melibatkan lebih 100 usahawan daripada pelbagai latar belakang.
Inisiatif ini merangkumi komponen e-dagang, affiliate marketing serta Shopee Collection Points sebagai saluran tambahan bagi membantu komuniti menyesuaikan perniagaan mereka dengan keperluan pasaran dalam talian, sekali gus menjana pendapatan secara lebih mampan.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2024, program ini telah memanfaatkan lebih 10,000
peserta di seluruh negara melalui bimbingan berstruktur dan sokongan berterusan,
meningkatkan kemahiran, memperkukuh daya saing, serta memperluas potensi
pasaran perniagaan.

Pelaksanaan inisiatif kolaborasi antara NADI dengan Shopee ini turut memperkukuh
peranan NADI sebagai platform komuniti yang bukan sahaja menyediakan akses
internet secara inklusif, malah berfungsi sebagai pemangkin pemerkasaan
sosioekonomi, sekali gus menyokong penyertaan komuniti, khususnya usahawan
kecil, dalam ekonomi digital.

Usahawan komuniti yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai NADI
Usahawan @ Shopee atau menyertai program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI
digalakkan untuk mendapatkan maklumat melalui Pusat NADI terdekat atau saluran
komunikasi rasmi MCMC.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat