Kerajaan akan kumpul data belia tak bekerja, tak sambung belajar dan tak ikut latihan kemahiran – Zahid

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan pengumpulan data secara menyeluruh bagi golongan belia yang tidak bekerja, tidak melanjutkan pelajaran dan tidak mengikuti sebarang latihan kemahiran (NEET).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah tersebut bertujuan mengenal pasti secara lebih tepat kumpulan belia yang berada di luar sistem pekerjaan dan pendidikan bagi membolehkan intervensi bersesuaian dilaksanakan.

Katanya, usaha itu akan digerakkan melalui kerjasama pelbagai kementerian, jabatan serta agensi berkaitan bagi memastikan data yang diperoleh sentiasa dikemas kini dan digunakan dalam merangka program pembangunan belia secara lebih berkesan.

“Ia bagi membincangkan dasar pembangunan belia secara inklusif, bersepadu dan berimpak tinggi, selaras komitmen kerajaan dalam memperkasa generasi muda sebagai pemacu transformasi masa hadapan negara.

“Pelaksanaan pengumpulan data profil belia Not in Employment, Education or Training (NEET) dan inisiatif pembangunan bersepadu oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) bertujuan memperkukuh ekosistem pembangunan belia yang inklusif,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) Ke-7 di Putrajaya menurut Utusan pada Selasa.

Tambahnya, mesyuarat berkenaan turut membincangkan beberapa program lain termasuk usaha memperluas penyertaan belia dalam demokrasi serta memperkasa peranan sebagai agen perubahan dalam masyarakat.

“Program Kuasa Orang Muda (KOM) oleh IMPACT di bawah Kementerian Belia dan Sukan bertujuan meningkatkan kepedulian belia terhadap politik dan demokrasi.

Sehubungan itu, Jelajah KOM akan dilaksanakan dengan penglibatan Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia,” katanya.

Menurut Zahid, kerajaan komited memastikan agenda pembangunan belia dilaksanakan secara menyeluruh bagi melahirkan generasi muda yang berdaya tahan, berintegriti serta mampu menyumbang kepada kemajuan negara.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat