Marvel Studios perkenal adiwira Asia pertama

- Advertisement -

Los Angeles: Marvel Studios memperkenalkan adiwira Asia sulungnya menerusi pelancaran sedutan filem Shang-Chi And The Legend Of The Ten Rings, semalam.

Watak adiwira diberi nama Shang-Chi itu dibawa pelakon berdarah Cina-Kanada, Simu Liu, 32.

Liu menerusi Instagram berkata, penerbitan filem terbabit membawa makna cukup besar buat komuniti Asia dalam sejarah perfileman Hollywood.

“Sang Chi bukan sekadar filem biasa. Ia meraikan budaya kita (Asia) dan perit jerih perjuangan yang selama ini dilupakan, tidak dipandang dan terlepas pandang.

“Ia adalah peringatan untuk merebut peluang, berdiri dengan megah dan tidak merasa kasihan terhadap diri sendiri,” katanya.

Shang-Chi yang menampilkan rata-rata pelakon Asia adalah sebahagian daripada projek fasa keempat Marvel dan diarahkan Destin Cretton.

Selain Liu, filem itu turut dibintangi nama-nama hebat termasuk Fala Chen, Tan Sri Michelle Yeoh dan Ronnie Chieng.

Ia dijadualkan akan ditayangkan pada 3 September ini.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat