Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan (21 April 2020)

- Advertisement -

1. PDRM bersama ATM telah mengadakan sebanyak 824 Sekatan Jalan Raya & pemeriksaan ke atas 603,314 kenderaan

2. Sebanyak 52,380 pemeriksaan mengejut telah diadakan dan 6,127 premis telah diperiksa

3. 946 telah ditahan kerana ingkar PKP, 822 individu direman dan 124 dijamin polis

4. Daripada 946 individu, 433 daripadanya ditahan di Zon Merah kerana ingkar PKP

5. Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 20 April 2020 adalah sebanyak 16,870 individu

6. Kerajaan minta kerjasama dan kepatuhan rakyat pada PKP dalam usaha memerangi dan memutuskan rantaian wabak COVID-19 meskipun kes positif telah menunjukkan trend penurunan

7. Operasi Sanitasi Awam COVID-19

– Sejak 30 Mac 2020, KPKT telah melakukan 3,040 operasi sanitasi di 107 zon termasuk di 30 Zon Merah

– Semalam, 250 operasi sanitasi meliputi 78 zon di 14 negeri, termasuk 44 kawasan di Johor dan 27 di Terengganu

– 159 bangunan Kerajaan, 111 tempat awam, 133 pusat perniagaan dan 9 pasar raya telah disanitasi

8. Kerajaan tiada halangan bagi syarikat swasta menawarkan perkhidmatan sanitasi bagi bangunan & premis persendirian namun perlu mengikut nasihat dan peraturan yang ditetapkan oleh KKM & Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

9. Pengurusan Pusat Kuarantin

– Setakat 21 April 2020, sebanyak 193 Pusat Kuarantin telah beroperasi & 16,844 individu dikuarantin wajib

– 1,137 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air semalam dan telah dikuarantin wajib

– Seramai 14,937 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April 2020

– Sejak 18 April, 2,317 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang.

10. Pengagihan Topeng Muka Percuma

– Kerajaan telah memperuntukkan 32.4 juta keping topeng muka, dan setakat ini sebanyak 23.4 juta topeng muka (69%) telah diagihkan oleh Pejabat-Pejabat Daerah

– Baki 9 juta topeng muka dalam proses agihan dan dijangka selesai diedarkan minggu ini.

– Pengagihan di Sabah dan Sarawak akan bermula pada hari ini.

11. Pintu Masuk Msia & Singapura
– Operasi Bangunan Sultan Iskandar dihadkan dari 7 pagi – 7 mlm bg pergerakan keluar masuk rakyat Msia & kenderaan komersial

-Operasi Kompleks Sultan Abu Bakar berjalan seperti biasa iaitu 24 jam termasuk kenderaan komersial seperti lori & kargo

– Perubahan waktu operasi berkuatkuasa Jumaat ini, 24 April 2020.

• Tiada kemasukan skala besar oleh rakyat Msia di pintu masuk dari Singapura. Individu yg masuk melalui pintu masuk Johor diwajibkan menjalani kuarantin wajib di Pusat Kuarantin seperti diumumkan sebelum ini

– Kerajaan telah menyediakan 6000 bilik untuk tujuan kuarantin wajib di 22 Pusat Kuarantin

– Penambahan 4000 bilik masih dalam proses, dengan jumlah keseluruhan 10,000 bilik disediakan

12. Kerajaan akan memperhalusi SOP jika ada keputusan untuk membenarkan pelajar IPT pulang ke rumah masing-masing bagi mengelakkan pergerakan skala besar oleh kira-kira 100,000 pelajar IPT di seluruh negara

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat