Pada 20 Mac, Huawei secara rasmi melancarkan Huawei Pura X, sebuah telefon pintar lipat inovatif yang boleh digunakan secara mendatar dan menegak berkat reka bentuknya yang lebih lebar. Berbeza dengan peranti flip biasa, Pura X menampilkan skrin yang lebih luas untuk memberikan pengalaman pengguna yng lebih baik.
Reka Bentuk & Skrin
Pura X hadir dengan skrin hadapan 3.5 inci yang mempunyai resolusi 980 x 980 piksel, kecerahan maksimum 2500 nits, dan kadar segar semula 1-120Hz dengan panel LTPO. Skrin ini menyokong kandungan HDR Vivid untuk pengalaman tontonan yang lebih menarik.
Di bahagian belakang, telefon ini dilengkapi sistem kamera quad, termasuk:
• Kamera utama 50MP (f/1.6, RYYB)
• Kamera zum optik 3.5X
• Kamera ultra lebar 40MP
• Sensor warna
Apabila dibuka, Pura X menampilkan skrin dalaman 6.3 inci dengan nisbah 16:10, resolusi 2120×1320 piksel, dan kadar segar semula 1-120Hz LTPO 2.0. Kecerahan maksimum juga mencapai 2500 nits, menyokong kandungan HDR Vivid serta kadar imbasan sentuhan 1440Hz untuk pengalaman skrol yang lebih lancar.
Keunikan & Prestasi
Menurut Yu Chengdong, Pengarah Eksekutif Huawei, skrin lebar Pura X memberikan banyak kelebihan berbanding telefon pintar biasa. Telefon ini menawarkan 40% lebih ruang tontonan untuk video pendek dan 60% lebih bnyak paparan imej dan teks.
Selain itu, skrin dalaman memberikan 30% lebih ruang tontonan berbanding telefon pintar dengan nisbah 16:9.
Dikuasakan oleh HarmonyOS 5, Pura X menawarkan ekosistem aplikasi asli yang dipertingkatkan dengan Ark Engine baharu, integrasi awan hujung-ke-hujung, dan peningkatan prestasi sehingga 40% berbanding versi HarmonyOS sebelumnya.
Kecerdasan Buatan & Bateri
Huawei Pura X turut dilengkapi AI generatif dengan model Pangu dan DeepSeek untuk pembantu suara yang lebih pintar. Salah satu ciri unikny ialah AI Eye-Movement, yang membolehkan pengguna menukar halaman skrin hanya dengan pergerakan mata.
Telefon ini dibekalkan bateri 4720mAh dengan sokongan pengecasan pantas berwayar 66W dan pengecasan pantas tanpa wayar 40W.
Harga & Varian
Huawei Pura X ditawarkan pada harga bermula 7,499 yuan (lebih kurang RM4,900) untuk model 12GB RAM + 256GB storan.