Selepas lama menjadi topik hangat dalam dunia teknologi, POCO akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran global bagi siri POCO F7. Dua model akan diperkenalkan iaitu POCO F7 Pro dan POCO F7 Ultra, yang dijadualkan dilancarkan pada 27 Mac dalam satu acara khas di Singapura pada jam 8 malam waktu tempatan.
Melalui akaun rasmi X, POCO menggambarkan siri ini sebagai “flagship ultra-powered all around”, menandakan prestasi luar biasa yang bakal ditawarkan. Bersama pengumuman itu, mereka turut berkongsi satu poster teaser yang menunjukkan reka bentuk kedua-dua peranti dengan pilihan warna kuning dan hitam.
The True Flagship Has Arrived: no compromises, no limits.
Mark your calendar:
📍 Mar 27, 2025 | 16:00 GMT+8#POCOF7Series #POCOF7Pro #POCOF7Ultra pic.twitter.com/K9kCxujYOE— POCO (@POCOGlobal) March 20, 2025
POCO F7 Ultra – Model ‘Ultra’ Pertama POCO!
Berdasarkan maklumat yang tersebar, POCO F7 Ultra bakal menjadi model ‘Ultra’ pertama dalam siri POCO dan dipercayai merupakan versi rebranding Redmi K80 Pro. Sementara itu, POCO F7 Pro pula dikatakan sebagai versi Redmi K80 dengan penjenamaan semula.
Buat masa ini, butiran penuh mengenai spesifikasi dan harga rasmi masih belum diumumkan. Namun, peminat teknologi boleh menjangkakan spesifikasi berkuasa tinggi yang sepadan dengan gelaran “flagship killer” yang sering dikaitkan dengan jenama ini.