Mimpi atau Realiti

- Advertisement -

‘Mimpi atau Realiti’??? Sebagai pembuka tirai tahun 2024, Amad Fadlin kini tampil dengan single terbaharunya. Seorang anak muda yang sudah mempunyai tiga single sebelum ini tidak pernah berputus asa untuk menempa nama didalam industry muzik tanah air.

Lagu yang bergenre ‘pop’ dan mempunyai elemen muzik traditional dan hisdustan ini menjadi pilihan selepas beberapa genre ini sudah dipertaruhkan. Bagi Amad yang sentiasa mahu mencuba pelbagai genre mencabar dirinya untuk membawa lagu yang lebih ‘catchy’.

Lagu yang dikompos oleh seorang producer hebat tanah air iaitu Mas Dewangga ini berkisahkan mengenai seorang yang lelaki yang menyukai seorang wanita dan sentiasa berasa rendah diri dan ‘mimpi’ untuk mendapatkan wanita tersebut. Menurut Amad Fadlin sendiri, lagu ‘Mimpi atau Realiti’ sebuah karya yang indah.

Amad Fadlin mengharapkan lagu nyanyiannya kali ini dapat diterima umum khususnya anak muda zaman kini. ‘MIMPI ATAU REALITI’ boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, dan Spotify. Dengarkan juga lagu MIMPI ATAU REALITI nyanyian Amad Fadlin di semua saluran radio tempatan pilihan anda!

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat