Perkuat Parti Hadapi Senario Politik Mencabar, Pesan Zahid Kepada Sayap Umno

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Presiden Umno, Datuk Seri Ahamd Zahid Hamidi menitipkan pesan buat barisan ketua-sayap Umno yang baharu dengan mengingatkan mereka akan tanggungjawab besar dalam usaha memperkuat parti mendepani senario politik mencabar.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri mengingatkan bahawa setiap tanggungjawab datangnya dengan ujian dan cabaran berbeza.

“Hari ini (semalam) saya telah mengadakan pertemuan bersama Ketua Wanita, Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua Pergerakan Puteri dan naib-naibnya setelah berakhirnya sesi pemilihan UMNO sesi 2023-2026.

“Saya menzahirkan ucapan tahniah kepada mereka yang akan memimpin organisasi Wanita, Pemuda dan Puteri ini bagi meneruskan legasi perjuangan menjunjung martabat agama, bangsa dan negara.

“Kita mempunyai tanggungjawab besar dalam memperkuat parti, walaupun kita sedang melalui senario politik yang mencabar,” katanya.

Beliau menyeru mereka bekerja dengan penuh dedikasi dan jalankan amanah yang telah diberikan dengan seikhlas hati untuk mencari keredhaan Allah SWT serta melaksanakan hasrat ahli parti di seluruh negara.

“Setiap tanggungjawab ini pasti datangnya dengan ujian dan cabaran yang berbeza.

“Tetapi sekiranya ujian ini dilakukan bersama, InsyaAllah kita akan menghasilkan sebuah output yang akan memberikan kelebihan bukan sahaja kepada ahli parti, tetapi rakyat secara keseluruhannya.

“Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai orang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah yang diberi kepercayaan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (Surah al-Anfal, ayat 27)

“Selamat bertugas dan semoga berjaya buat semua,” ucap Zahid.

Pada pemilihan Umno kali ini menyaksikan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad kekal menerajui sayap wanita Umno bagi penggal 2023-2026.

Naib Ketua Wanita dimenangi Datuk Norliza Abd Rahim.

Ketua Pemuda Umno dimenangi Dr Mohamad Akmal Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau dan Exco Melaka.

Naib Ketua Pemuda dimenangi Mohd Hairi Mad Shah .

Manakala jawatan Ketua Puteri Umno dimenangi bekas Naib Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi dan Naib Ketua yang baru ialah Siti Sokhleha Nordin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat