15,845 Pendatang Asing Ditahan Di Depot Imigresen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seramai 15,845 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan di semua depot imigresen seluruh negara dengan warga Filipina merekodkan tahanan paling ramai iaitu 5,138 orang atau mewakili 32.4 peratus.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata jumlah itu membabitkan 11,983 lelaki, 2,683 orang wanita, 656 orang kanak-kanak lelaki dan 523 orang kanak-kanak perempuan direkodkan hingga 29 Januari lalu.

“Warga Filipina adalah tahanan paling ramai iaitu 5,138, diikuti warga Myanmar termasuk etnik Rohingya seramai 4,424 (27.9 peratus ) dan warga Indonesia seramai 4,097 (25.9 peratus).

“Daripada 1,179 kanak-kanak yang ditahan, 518 orang ditahan bersama-sama ibu bapa atau penjaga masing-masing.

“Sementara kanak-kanak tanpa penjaga yang ditahan adalah seramai 661 orang,” katanya melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) yang meminta menteri dalam negeri menyatakan senarai semua pusat tahanan imigresen tetap dan sementara di negara dan bilangan individu yang kini ditahan di setiap pusat tahanan mengikut pecahan umur, jantina, negara asal dan tempoh tahanan.

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata, sebanyak 54 kes mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dibuka dengan 24 daripadanya ditahan, dan dua dituduh di mahkamah sepanjang tahun lalu.

“Pada 2021, seramai 36 individu ditahan atas akta berkenaan dengan dua daripada dituduh di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan orang yang disiasat dan ditahan serta bilangan orang yang dituduh di mahkamah mengikut Akta Hasutan 1948. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat