Mengabdi Hidup Berkhidmat – Hasni

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kekalahan dalam pemilihan Ketua Umno Bahagian Pontian dan Naib Presiden, Datuk Seri Hasni Mohammad, bertekad untuk terus mengabdi hidup berkhidmat kepada rakyat.

Hasni yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, berkata masih banyak usaha perlu dilakukannya di Parlimen Simpang Renggam dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, khususnya dalam memberi perkhidmatan terbaik di dua kawasan itu.

“Saya berlapang dada menerima keputusan dan tidak akan sesekali mengurangkan tanggungjawab saya untuk bekerja dan memimpin masyarakat selaku ADUN Benut dan Ahli Parlimen Simpang Renggam.

“ Saya tetap berpegang kepada #MengabdiHidupBerkhidmat,” ujarnya positif.

Hasni merakamkan ucapan terima kasih kepada semua perwakilan yang memberi kepercayaan dan sokongan kepada beliau dalam pemilihan kali ini.

“Terima kasih juga kepada mereka yang membantu saya sepanjang kempen pemilihan kali ini.

“Tahniah kepada mereka yang terpilih dalam Pemilihan Umno 2023-2026,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat