Marquez bakal buat kemunculan di GP Qatar

- Advertisement -

DOHA – Fabio Quartararo dan Johann Zarco percaya pelumba Repsol Honda, Marc Marquez bakal membuat kemunculan pada aksi pembukaan Grand Prix Qatar yang berlangsung 28 Mac ini.

Zarco yang beraksi untuk Pramac Racing menegaskan, Marquez tidak perlu membuktikan apa-apa ketika kemunculannya semula di Qatar nanti kerana dia sudah mempamerkan kehebatannya ketika meraih gelaran dunia MotoGP sebanyak lapan kali.

Marquez sebelum ini memberi bayangan dia semakin hampir kembali ke MotoGP selepas kembali me­nunggang sejak kali terakhir beraksi di Grand Prix Andalusia pada Julai tahun lalu.

Pelumba Sepanyol itu me­nunggang ‘mini bike’ serta melakukan ujian dengan me­nunggang jentera RC213V-S di Montmelo, Sepanyol dan gembira selepas kembali semula ke litar kelmarin.

Ujian tersebut mendapat kebenaran doktor dan mahu melihat sejauh mana kemampuan Marquez berikutan beberapa pembedahan yang dilakukan tahun lalu.

“Pada pandangan saya, dia (Marquez) akan turun beraksi pada perlumbaan pembukaan nanti di Qatar. Dia telah menunggu lama untuk kembali beraksi.

“Saya yakin jika kecederaan semakin pulih dia mampu cepat mendapatkan semula tunggangan terbaiknya dan Marquez tidak mudah mengalah kerana itu bukanlah watak sebenarnya,” kata Zarco.

Sementara itu, Quartararo percaya meskipun tanpa sesi ujian, Marquez berpeluang untuk turun semula ke litar rasmi untuk berlumba sekiranya keadaan tangannya bertambah baik.

“Kami tidak tahu keadaan sebenar yang dialami Marquez ketika ini. Kita semua tahu bahawa Marquez mempunyai pengalaman yang luar biasa iaitu peme­gang gelaran dunia lapan kali.

“Jika tiada masalah saya yakin Marquez akan memulakan semula aksinya dalam saingan ini bersama Honda,” ujarnya. – AGENSI

 

_K!ONLINE_

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat