Kakitangan Kedutaan Korea Utara tinggalkan negara petang ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seramai 30 kakitangan Kedutaan Korea Utara termasuk ahli keluarga mereka dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke negara tersebut kira-kira pukul 4.10 petang hari ini.

Ketibaan mereka ke KLIA kira-kira pukul 11.44 pagi tadi dikawal rapi oleh pihak berkuasa, dengan bas digunakan tersebut terlebih dahulu dilihat mengambil kakitangan berkenaan di Kedutaan Korea Utara di Jalan Batai, Damansara pada pukul 9.15 pagi.

Semua kakitangan kedutaan termasuklah ahli keluarga mereka diberikan tempoh 48 jam pada Jumaat lalu untuk meninggalkan negara susulan tindakan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Korea Utara, tindakan itu diambil selepas kerajaan Malaysia mengekstradisi seorang warganegaranya ke Amerika Syarikat (AS).

Warganegara tersebut, Mun Chol Myong gagal dalam rayuan terakhir di mahkamah tertinggi negara untuk menentang perintah ekstradisi ke AS bagi berdepan dakwaan pengubahan wang haram.

 

_K! ONLINE_

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat