AWMUN X persiapkan golongan muda hadapi Revolusi Industri ke-5

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Seramai 258 delegasi dari 27 negara seluruh dunia hadir ke Asia World Model United Nations (AWMUN) X yang dianjurkan oleh International Global Network di Berjaya Times Square Hotel baru baru ini.

Pengasas dan Presiden Jaringan Global Antarabangsa, Muhammad Fahrizal, berkata persidangan diadakan sebagai wadah bagi golongan belia untuk menunjukkan kemampuan mereka menghadapi isu-isu global yang semakin kompleks menerusi sesi dialog dan perbincangan.

“Kita mencuba untuk menghubungkan golongan belia yang memilik minat yang sama untuk bertukar pendapat dan gagasan sehingga ketika mereka mengikuti persidangan ini mereka memiliki perspektif bagaimana untuk menyelesaikan masalah.

“Dengan hubungan yang mereka miliki dari pelbagai negara, saya berharap melalui persidangan ini kita dapat membantu membentuk masa depan yang cerah buat golongan belia,” katanya.

Bertemakan, “Navigating The Future: Shaping Our Role in the 5th Industrial Revolution”, AWMUN X kali ini memberi fokus kepada peranan generasi muda dalam menghadapi Revolusi Industri ke-5, yang menekankan integrasi kecerdasan buatan, teknologi canggih, dan nilai-nilai kemanusiaan dalam membentuk masa depan dunia.

 

Sebagai platform pembelajaran yang komprehensif, AWMUN X menjadi kesempatan bagi para peserta untuk mengasah berbagai soft skills yang penting dalam dunia profesional dan akademik.

Melalui simulasi sidang PBB dan diskusi diplomatik, para delegasi dilatih untuk meningkatkan kemampuan public speaking, keterampilan diplomasi, berpikir kritis, serta membangun jejaring internasional yang akan berguna bagi masa depan mereka.

Untuk terus menjalin kerjasama hubungan antarabangsa, program ini mendapat sokongan dari Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat