Beto ‘belanje’ bunga silat

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penampilan aktor hebat Beto Kusyairy dengan memperagakan koleksi baju Melayu teluk belanga sambil melakukan gerak bunga silat di pentas peragaan jenama pakaian hari raya, Bulan Bintang baru-baru ini ternyata meraih perhatian ramai sekali gus tular di laman sosial.

Malah, ramai peminat yang ‘melting’ (cair) melihat ketampanan pelakon filem Mat Kilau itu berjalan di pentas peragaan dan nampak malu-malu ketika memperagakan koleksi baju melayu berkenaan.

Netizen juga menjangkakan baju melayu teluk belanga yang digayakan Beto itu akan menjadi pilihan ramai sempena sambutan Aidilfitri tahun ini gara-gara penangan aktor hebat itu.

Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata warganet memuji penampilan Beto yang nampak segak hingga ramai yang berminat untuk memakai koleksi sama pada Aidilfitri nanti.

“Happy Birthday Beto! Semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Disebabkan hang pakai baju teluk belanga Bulan Bintang, habis satu Malaysia tergila-gilakan baju tu tau,” komen netizen.

“Abang punya pasal aku teracun nak beli baju melayu teluk belanga untuk raya nanti. Hensem!,” komen seorang lagi netizen.

“Disebabkan Beto bersilat pakai baju melayu teluk belanga itu. Aku ingat tahun ni raya nak beli yang tu la. Terasa darah pahlawan mengalir pulak kat aku,” komen netizen lagi.

Selain Beto, beberapa selebriti terkenal tanah air turut menjadi duta koleksi jenama pakaian terbabit iaitu Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahya, Hannah Delisha dan Daiyan Trisha.

Sementara itu, menerusi perkongsian di laman Instagramnya pula, Beto memaklumkan dia juga meraikan ulang Tahun kelahirannya yang ke-43 tahun.

“Di usia ini, aku dah malas serba serbi nak beratkan hati dan fikiran dengan isu yang tak berbaloi untuk aku beratkan.

“Aku lebih nak hargai orang yang aku sayang dan cipta momen dan rasa yang ‘best’ bersama mereka. Entah esok lusa sampai masa, manakan tahu,” tulisnya.

Pada masa sama, Beto juga meminta peminatnya untuk menonton filem Imaginur lakonannya yang ditayangkan di pawagam tanah air bermula 23 Februari ini.

“Sebagai hadiah hari jadi dan tanda apresiasi serta sokongan kalian ke aras diri ini, aku minta ke pawagam menonton filem Imaginur. Mungkin, kalian akan faham apa yang aku maksudkan nanti,” tulisnya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat