KPLB sasar 20,000 usahawan luar bandar daftar e-Desa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mensasarkan seramai 20,000 usahawan luar bandar berdaftar dengan aplikasi e-dagang baharu iaitu e-Desa menjelang hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, aplikasi tersebut dibangunkan khusus untuk industri kecil dan sederhana (IKS) bagi memasarkan produk mereka.

“Setakat ini, seramai 500 usahawan luar bandar yang telah berdaftar dan dijangka pada Ramadan nanti ia meningkat kepada 1,000 orang dan menjelang hujung tahun sehingga 20,000 pendaftaran.

“Agensi di bawah KPLB juga bersedia untuk membantu penduduk luar bandar meningkatkan pendapatan mereka melalui platform berkenaan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran platform e-Desa di sini hari ini.

Menurutnya, KPLB melihat e-Desa berpotensi sebagai platform tambahan pemasaran produk dalam program Desa Mall@KPLB yang menjadi platform usahawan tempatan berniaga secara dalam talian dan fizikal.

“E-Desa boleh bersama-sama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), memainkan peranan bersama-sama untuk kesejahteraan rakyat iaitu bagaimana nak meningkatkan pendapatan dan hasil masyarakat luar bandar khususnya peniaga kecil,” katanya.

Selain itu Mahdzir berkata, KPLB mempunyai banyak agensi yang memberi pinjaman, geran dan khidmat nasihat kepada peniaga kecil dan usahawan di luar bandar untuk dimanfaatkan.

“Diharap e-Desa akan memberi peluang dan ruang kepada produk ‘orang kampung’ dipasarkan dengan lebih meluas dan bakal menjadi aplikasi wajib bagi setiap rakyat Malaysia terutama untuk mendapatkan produk serta perkhidmatan buatan tempatan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat