Jangkaan Enam Bulan Selesai Lupus Al-Quran Rosak Akibat Banjir – Jawi

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam, Raudhatul Sakinah Taman Selasih, Kuala Lumpur memerlukan tempoh enam bulan lagi untuk melupuskan kesemua al-Quran yang rosak akibat banjir di Lembah Klang, akhir Disember lalu.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi kenyataan berkata, sehingga kini, pusat itu sudah melupuskan 5,356.72 kilogram helaian al-Quran rosak akibat banjir itu.

“Baki al-Quran yang belum lupus sukar dikira kerana ia perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum ditimbang

“Ketika ini, petugas perlu mengasingkan helaian al-Quran untuk proses pengeringan sebelum dibakar,” katanya.

Katanya, pihaknya juga mendapati, selepas pengasingan dibuat, sebahagian bahan dan dokumen diterima adalah buku bacaaan dan bukannya naskhah al-Quran.

Selain itu, Jawi berkata, seramai 12 orang sukarelawan Jawi berada di pusat berkenaan bagi meneruskan kerja-kerja rutin pelupusan al-Quran itu. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat