Rumah Bangsa itu hak Zahid tentukan hala tuju Umno menjelang PRU – Fahmi

KUALA LUMPUR – Cadangan pembentukan ‘Penyatuan Rumah Bangsa’ oleh Umno adalah hak parti itu dalam menentukan hala tujunya sendiri menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil berkata, tindakan tersebut bukanlah sesuatu yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang.

“Itu hak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Presiden Umno). Tak menjadi satu kesalahan dalam undang-undang negara kita untuk membangkitkan persoalan seperti itu.

“Tetapi, saya juga ambil maklum beberapa parti politik sama ada dengan terang-terangan ataupun secara halus memberi jawapan kepada Presiden Umno,” katanya memetik Utusan di Shah Alam pada Rabu.

Zahid dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno, Jumaat lalu dilapor mencadangkan pembentukan kolaborasi agung bagi menyatukan seluruh parti politik Melayu-Islam di negara ini.

Beliau, bagaimanapun berkata, kerjasama agung parti politik Melayu-Islam itu tidak berhasrat untuk menggugat Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, beberapa Gabungan Bukan Kerajaan (NGO) turut menyambut baik usaha tersebut dan menyifatkan ia sebagai langkah terbaik dalam mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.

Bagaimanapun, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi meneliti sikap-sikap pimpinan parti politik yang menggunakan perkataan atau ayat tidak wajar.

“Kita lihat ada yang menggunakan perkataan-perkataan seperti ‘syaitan bisu’ dan ‘tidak ada mandat’. Saya nampak itu satu perkembangan yang sedang berlaku dalam politik negara kita,” jelasnya.

Namun tambahnya, sehingga kini belum ada sebarang maklumat tambahan daripada Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung perkara itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat