Pegawai berkelakuan tidak amanah terlibat aktiviti pasport terbang di Terminal 1, KLIA – EAIC

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah menjalankan siasatan berhubung dengan dakwaan aktiviti pasport terbang atau flying passport di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2 Jun tahun lalu.

EAIC dalam kenyataan berkata siasatan ini dijalankan selaras dengan subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

Katanya, hasil siasatan EAIC mendapati pegawai yang terlibat telah memasukkan (key in) butiran maklumat seorang penumpang masuk ke dalam Malaysia serta maklumat pasport penumpang tersebut di dalam sistem MyIMMs tanpa kehadiran penumpang berkenaan di kaunter semasa urusan dijalankan.

“Tindakan pegawai tersebut tidak mematuhi garis panduan dalam Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan Imigresen Malaysia, Prosedur/ Garis Panduan Jabatan Imigresen Malaysia PK(0)IM.H.03-02 yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Imigresen dan merupakan suatu salah laku di bawah perenggan 24(1)(f) Akta 700, ”katanya lagi.

Ujarnya, EAIC memutuskan untuk merujuk hasil siasatan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Jabatan Imigresen Malaysia dengan syor agar tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai yang terbabit atas kesalahan tatatertib di bawah perenggan 4(2) (f) kerana berkelakuan tidak jujur atau tidak amanah.

“Selain itu, perenggan 4(2)(g) iaitu tidak bertanggungjawab sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993], ”ujarnya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat