DONG: Seramai 140 buah keluarga di Dong, Raub menerima Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000 bagi setiap keluarga.
Bantuan disampaikan oleh Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan En Fadzli Mohd Kamal.
Jelas Fadzli, mereka yang menerima Bantuan Wang Ihsan telah terlibat dengan bencana banjir pada bulan November dan Disember lepas.
katanya lagi, beliau telah menyerahkan wang ihsan tersebut hari ini di 3 lokasi berasingan iaitu di Kg Gali Tengah, Pekan Dong dan Kg Pamah Kulat.
“Alhamdulillah. Setiap 140 keluarga dari Dewan Negeri Dong yang terlibat dengan bencana banjir pada bulan November dan Disember tahun lalu telah menerima wang ihsan berjumlah RM1,000 bagi setiap keluarga.
”Saya menyerahkan wang ihsan tersebut hari ini di 3 lokasi berasingan iaitu di Kg Gali Tengah, Pekan Dong dan Kg Pamah Kulat.” ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Dong.

Dalam pada itu, beliau menghargai atas sokongan dan bantuan kakitangan Pejabat Daerah Raub, APM Raub, Jabatan Kebajikan Malaysia Daerah Raub dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana membantu menjayakan program ini walaupun terpaksa bertugas pada hari cuti.
”Terima kasih atas sokongan dan bantuan kakitangan Pejabat Daerah Raub, APM Raub, JKM Raub dan PDRM Raub untuk menjayakan program ini walaupun terpaksa bertugas di hari cuti.
”Sesungguhnya, perkhidmatan dan bantuan kita kepada rakyat adalah tanpa mengira masa dan keadaan. Kebajikan mereka adalah keutamaan kita. Insyaallah.” katanya. -SUARATV