Projek Kolam Takungan Hiliran Di Kuala Medang Siap Julai Tahun Ini – MB Wan Rosdy

- Advertisement -

SUNGAI KOYAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek Kolam Takungan Hiliran (Off River Storage – ORS) yang dibina di atas tanah seluas lima ekar di Kuala Medang akan siap pada Julai tahun ini.

Katanya, projek ini bernilai RM11 juta dibina bagi memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan kepada penduduk setempat selain menampung pertambahan penduduk.

“Hari ini saya telah mengadakan lawatan kerja ke projek Kolam Takungan Hiliran (Off River Storage – ORS) yang dibina di atas tanah seluas lima ekar di Kuala Medang dengan kos RM11 juta.

“Saya telah diberi penerangan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pahang mengenai status perjalanan projek ini dan saya dapati projek ini masih lagi dalam pembinaan serta memerlukan tempoh masa tambahan untuk disiapkan akibat disebabkan oleh beberapa masalah teknikal.” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau telah mengarahkan menyiapkan projek ini selewat-lewatnya akhir Julai ini.

Ujarnya lagi, projek Kolam Takungan Hiliran dibina bagi memastikan bekalan air bersih dapat disediakan bagi manfaat penduduk setempat selain menampung pertambahan jumlah penduduk serta perkembangan industri di kawasan Jelai ini.

“Oleh yang demikian, saya telah mengarahkan JPS Negeri Pahang untuk siapkan projek ini selewat-lewatnya pada bulan Julai tahun ini.

”Projek ORS ini merupakan pendekatan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri yang bertujuan untuk memastikan bekalan air bersih dapat disediakan bagi manfaat penduduk setempat selain menampung pertambahan jumlah penduduk serta perkembangan industri di kawasan Jelai ini.” katanya. -SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat