Nasi dan kuah, bukan daripada RMT – Radzi Jidin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menyangkal foto tular nasi putih dan kuah adalah bekalan daripada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) seperti yang ditularkan.

Beliau mempertahankan makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja bukannya dibungkus.

“Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Saya memandang serius dakwaan tersebut dan telah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenalpasti sekolah yang terlibat,” katanya.

Radzi menegaskan, KPM tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid.

May be an image of food and text that says "Cucu saudara bawak balik dekat mak dia makanan RMT. Sadis betul. Makanan apa yang diberi untuk budak- budak dekat sekolah? Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak? budak- Sebelum ini budak-budak mengadu makanan RMT sedan beritahı sebab"

“Saya telah menerima maklum balas bagi perkongsian mengenai gambar yang didakwa sebagai makanan untuk murid di bawah Program RMT.

“Wakil KPM telah turun ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan pemilik Facebook berkenaan. Siasatan mendapati gambar yang ditularkan itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah.

“Makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja,” ujar beliau.

Susulan itu kata Radzi, KPM mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak berhubung perkara ini.

“KPM sentiasa berusaha menambahbaik program RMT, termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima RMT.

“Buat masa ini, pemberian susu kepada murid RMT telah ditambah daripada dua kali seminggu kepada setiap hari persekolahan mulai tahun 2021,” beritahu beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat