Seni jalanan tarikan baharu

- Advertisement -

Nampak indah, cantik, segar dan tenang.

Warni-warni lakaran lukisan mural kontemporari pelbagai corak, motif dan rupa pada bangunan lama yang sebelumnya buruk dan pudar, kini panorama sesuatu lokasi memberikan pesona berbeza.

Bagaikan trend di seluruh pelosok negara bangunan lama diperindahkan dan mampu menarik ramai merakam gambar dan menghayati hasil seni kreatif anak tempatan.

Banyak projek lukisan sedia ada dan sedang dirancang untuk mencantikkan bandar raya di seluruh negara. Mengambil ilham kejayaan bandar raya seperti Melbourne, Australia terkenal dengan kreativiti seni jalanan sehingga menjadi tarikan di mata dunia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga dalam fasa kajian reka bentuk dan penelitian aspek teknikal bagi tujuan sama.

Bukit Bintang, Lorong Sultan dan Lorong Petaling, terletak berhampiran Pasar Karat dan Petaling Street atau Chinatown bagi menarik kedatangan lebih ramai pengunjung untuk membeli-belah dan bersantai.

Mengindahkan lorong sisi Yap Ah Loy, Lorong Bandar 11 dan Lorong Bandar 13 yang akan dihubungkan menerusi laluan pejalan kaki bagi membolehkan ia diteroka dengan lebih mudah.

 

Lukisan tiga daripada enam ikon bola yang sedang dilukis di dinding Stadium Bandaraya, Persiaran Bandaraya, Pulau Pinang.- Foto/NSTP
Lukisan tiga daripada enam ikon bola yang sedang dilukis di dinding Stadium Bandaraya, Persiaran Bandaraya, Pulau Pinang.- Foto/NSTP

 

Potret enam ikon bola sepak

Menjengah lokasi di Pulau Pinang, kelihatan potret enam ikon bola sepak tersohor kini diabadikan di dinding Stadium Bandaraya, Persiaran Stadium sekali gus bakal menjadi tarikan baharu.

Mural dihasilkan anak kelahiran Butterworth, Mohd Azmi Mohd Hussain, memaparkan lukisan wajah Ali Bakar, Datuk Namat Abdullah, M Kuppan, Pang Siang Hock, Shukor Salleh dan Mohd Faiz Subri.

Ikon sukan lain juga akan dipaparkan pada dinding berkenaan nanti.

Lakaran cerita bersejarah

Lukisan mural paling meriah dan paling banyak dapat disaksikan di seluruh Melaka. Bersesuaian sebagai bandar raya bersejarah, lakaran gergasi meliputi pelbagai motif berkaitan kehidupan mengikut perubahan era, seni budaya, makanan tradisional dan tokoh di sepanjang Sungai, Jonker Street Melaka dan Dataran Merah, selain ada di beberapa daerah seperti di Alor Gajah.

Malah, pahit getir petugas barisan hadapan berjuang menangani pandemik COVID-19 melanda negara dihargai menerusi paparan mural di Shell, Ayer Keroh, Melaka

Muram bertukar seri

Di Pulau Langkawi dilihat suasana Jalan Pandak Mayah, di pekan Kuah, di sini sebelum ini muram, kini berubah wajah apabila dihiasi lukisan mural kontemporari.

Sekurang-kurangnya 10 lukisan mural bertemakan sejarah, legenda dan mitos dibangunkan menerusi Program Street Art@Pandak Mayah 2.0.

 

Paparan mural mengenai perjuangan petugas barisan hadapan menangani pandemik COVID-19 yang dihasilkan 15 pelajar  Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST) di stesen minyak Shell diAyer Keroh, Melaka.-Foto/NSTP
Paparan mural mengenai perjuangan petugas barisan hadapan menangani pandemik COVID-19 yang dihasilkan 15 pelajar Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST) di stesen minyak Shell diAyer Keroh, Melaka.-Foto/NSTP

 

Dihasilkan 12 pelukis Balai Seni Negara menjadi nilai tambah kepada produk pelancongan dan jadi tumpuan pelancong berswafoto serta membantu mempromosi Langkawi dalam media sosial.

Ini menjadikan pekan Kuah lebih meriah menyamai suasana di Pantai Chenang, kini lebih berwarna-warni dengan mural menarik.

Lukisan mural menghiasi Medan Seni di Pekan Melayu dan Pekan Cina, di Alor Setar, jadi tarikan pelancong bergambar dan menceritakan sejarah Melayu di Kedah.

Kisah sejarah termasuk Terusan Wan Mat Saman dan sejarah tempatan sejak kurun ke-18, dijangka menjadi tarikan terbaru pelancong ke bandar raya ini.

Setiap mural masih mengekalkan seni warisan dan sejarah bandar raya Alor Setar berdasarkan konsep dan tema lukisan ada cerita dan ciri sejarah tempatan.

Di sebelah lukisan mural itu akan diselitkan fakta jarak Sungai Korok ke Gurun sejauh 36 kilometer dan lebarnya 7.5 meter manakala kedalaman 1.5 meter.

Peralihan sejarah Kuantan

Di Kuantan, Pahang, semburan cat pada dinding bangunan dilukis gambar peniaga burger, premis menual kain, bas, penjual akhbar, kanak-kanak bermain permainan tradisional, rama-rama besar dan pengangkutan beca bakal menghiasi sepanjang 200 meter di lorong utama antara Jalan Besar dan Jalan Mahkota di sini.

Kreativiti 14 anak muda tempatan melakar di kiri dan kanan dinding bangunan memaparkan tema bandar Kuantan serta negeri ini sejak era 70an hingga kini.

Siap sepenuhnya, kawasan itu akan menjadi produk pelancongan dengan lorong yang sebelum ini tidak dikenali bakal jadi tumpuan.

Projek mural pertama terpanjang di negeri ini antara produk pelancongan sempena pengisytiharan Kuantan sebagai bandaraya tahun ini.

Dekorasi pelbagai motif kehidupan

Dekorasi di pinggir sungai pekan Nilai, Negeri Sembilan diberi nafas baharu dengan lukisan mural pada dinding bangunan di situ.

Persekitaran dan imej ditampilkan unik kerana memaparkan kehidupan masyarakat dan beberapa nilai positif lain seperti kasih sayang serta hormat-menghomati.

 

Pelukis Mohammad Amir Farouk sedang menyiapkam lukisan mural mengenai penjual burger yang dipaparkan sepanjang 200 meter di lorong utama antara Jalan Besar dan Jalan Mahkota, Kuantan, Pahang .- Foto/NSTP
Pelukis Mohammad Amir Farouk sedang menyiapkam lukisan mural mengenai penjual burger yang dipaparkan sepanjang 200 meter di lorong utama antara Jalan Besar dan Jalan Mahkota, Kuantan, Pahang .- Foto/NSTP

 

Ia dijangka dapat merancakkan dan menghidupkan kawasan ini dengan aktiviti ekonomi.

Sebanyak 40 lukisan mural sepanjang 152 meter sedang disiapkan di Jalan Yam Tuan di Seremban mencantikkan bandar itu.

Berita Harian

author avatar
Fendi Ghafar
Venni Viddi Vinchi
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat