Meskipun bantah, PH tetap akur hantar tiga nama MP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) hari ini menghantar tiga nama ahli Parlimen daripada DAP, PKR dan Amanah untuk menyertai jawatankuasa khas darurat seperti diminta kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan.

Dalam satu kenyataan hari ini, PH mengatakan mereka menamakan Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke (DAP), Ahli Parlimen Kulim – Bandar Bharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PKR) dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Amanah).

“Penyertaan wakil pembangkang ke dalam jawatankuasa bebas ini tidak mengubah pendirian kami bahawa alasan-alasan yang dikemukakan perdana menteri berkenaan keperluan darurat tidak dapat diterima.

“Kami serta majoriti ahli-ahli Parlimen juga kekal dengan pendirian bahawa darurat ini perlu ditamatkan dan Parlimen perlu bersidang segera,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan Majlis Setiausaha PH hari ini.

Minggu lalu Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memperkenankan pengisytiharan darurat Covid-19 sehingga 1 Ogos 2021 untuk melawan pandemik yang sudah meragut lebih 600 nyawa dan mennjangkiti lebih 160,000 rakyat Malaysia.

Agong turut mengumumkan satu jawatankuasa khas bi-partisan akan ditubuhkan melibatkan ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang untuk memberikan nasihat berhubung darurat.

Semasa memperincikan butiran mengenai darurat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berikrar kerajaan awam akan berfungsi seperti biasa tanpa pemerintahan tentera.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat