Ahmad Zahid, Najib bebas Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Meskipun mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Pasir Salak, namun Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diuji bebas virus Covid-19.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu disahkan negatif wabak itu selepas menjalani ujian calitan semalam.

“Pagi ini saya menerima perkhabaran menggembirakan apabila keputusan ‘swab test’ yang dijalankan adalah negatif.

“Pagi ini tepat jam 7.44 pagi, doktor telah menghubungi isteri saya memaklumkan perkhabaran ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid itu menjalani ujian ujian calitan RT-PCR di sebuah hospital di Shah Alam setelah Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman didapati positif. Mereka bertemu di ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur empat hari lalu.

Mesyuarat Isnin lalu turut disertai bekas Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Rzak Razak.

Najib juga memberitahu bahawa ujiannya menunjukkan keputusan negatif.

“Negatif. Rasanya ini kali ke-15 saya membuat saringan Covid-19.

“Setiap kali hadir ke Dewan Rakyat, buat test. Rentas negeri, dicucuk hidung lagi. Ada kontak rapat yang disahkan positif Covid-19, test lagi.

“Alhamdulillah. Ujian terbaru dibuat semalam juga negatif,” tulisnya di Facebook.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat