Kluster Gunung Raya Di Langkawi Berpunca Dari Aktiviti Main Golf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan salah satu punca kluster adalah daripada aktiviti bermain golf.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Kluster Gunung Raya itu dikesan di Langkawi, Kedah.

Menurutnya, kes indeks bagi kluster itu ialah lelaki berusia 58 tahun yang mengalami gejala demam dan batuk.

“Dia dilaporkan positif pada 13 Januari lalu. Nama kluster ini merujuk kepada kes indeks di Gunung Raya Golf Resort, Jalan Padang Matsirat di Langkawi.

“Sehingga jam 12 tengah hari ini seramai 46 individu disaring dan seramai 11 kes dikesan positif Covid-19,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, seorang petugas KKM di Hospital Shah Alam dijangkiti Covid-19 dipercayai mendapat jangkitan daripada komuniti.

Dr Noor Hisham berkata, pihaknya sudah mengesan lima kontak rapat daripada petugas itu dan mereka didapati negatif.

Katanya ia tidak membabitkan Unit Rawatan Rapi (ICU) neurosurgeri atau pun ICU lain yang ada di hospital itu.

“Apa yang pasti ialah petugas kesihatan akan menjalankan saringan berkala dan kita juga tidak bercampur di antara petugas ICU neurosurgeri dan ICU yang lain.

“Apa yang penting ialah apabila kita memberi rawatan pesakit di ICU, kita pastikan tiada pertindihan rawatan pesakit.

“Kalau kita seorang merawat banyak pesakit, kalau seorang terkena jangkitan ia akan berjangkit kepada pesakit lain,” katanya dalam sidang media semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya apakah berlaku jangkitan di sebuah ICU di Hospital Shah Alam dan memaklumkan bahawa saringan sudah dijalankan kepada kontak rapat. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat