Semua kapal Israel dilarang berlabuh di pelabuhan Malaysia – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Perdana Menteri menegaskan, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuatkuasa serta merta.

“Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin,” tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu.

Untuk rekod, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat ini berlabuh di Malaysia.

Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia.

Namun,kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu, kata Anwar.

“Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh
di negara ini.

“Selain itu, Malaysia juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo
di pelabuhan Malaysia.

“Kedua-dua sekatan ini berkuatkuasa serta-merta, ” katanya.

Pun begitu ujar beliau, Malaysia yakin keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat