Naratif beracun: Kit Siang gesa Takiyuddin dirujuk Jawatankuasa Keistimewaan Parlimen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang menggesa Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dirujuk kepada Jawatankuasa Keistimewaan Parlimen kerana menyifatkan kenyataan berhubung Perdana Menteri bukan Melayu sebagai “naratif beracun.”

Kit Siang juga mendesak Takiyuddin memohon maaf dan menarik balik kenyataannya.

“Takiyuddin harus dirujuk kepada Jawatankuasa Keistimewaan (untuk melihat) sama ada dia telah melanggar sumpahnya sebagai ahli Parlimen untuk ‘memelihara, melindungi, dan mempertahankan’ Perlembagaan.

“Dengan menyifatkan bahawa kenyataan PM bukan Melayu adalah ‘naratif beracun’, yang berisiko menimbulkan ketidakharmonian, adakah Takiyuddin mengatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara adalah dokumen yang memecahbelahkan dan menghasut?” kata Kit Siang pada Rabu.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharusebelum ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghentikan “naratif beracun” DAP.

Ini selepas Kit Siang membangkitkan kemungkinan seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri, dan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Tan Kok Wai mencadangkan untuk mengembalikan semula pilihan raya kerajaan tempatan di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Kit Siang bertanya sama ada Takiyuddin akan bercadang untuk menjadikan PAS sebuah parti yang lebih sederhana.

“Adakah PAS akan mengikis ekstremismenya dan menjadi parti Islam yang sederhana selaras dengan Perlembagaan Malaysia dan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, agama, budaya, dan peradaban?” katanya.

Polis telah menyoal Kit Siang selepas membangkitkan kemungkinan seorang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri.

Mengenai cadangan pilihan raya tempatan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata terdapat lebih banyak perkara asas yang perlu diutamakan terlebih dahulu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat