Peranti pintar ikonik 2022

- Advertisement -

SEPANJANG tahun ini, pelbagai peranti pintar dilancarkan yang menampilkan kepelbagaian fungsi, spesifikasi terkini dan keupayaan kamera.

Antara yang menjadi perhatian adalah utama adalah pelancaran peranti pintar paling ikonik oleh Apple iaitu siri iPhone 14 Pro serta variasi Pro Max yang menampilkan ‘Dynamic Island’.

Perubahan rekaan bagi skrin paparan untuk variasi iPhone Pro serta Pro Max bersama padanan spesifikasi terkini menjadikan peranti berkenaan kekal sebagai ‘Raja Segala Peranti’ sepanjang tahun ini.

Variasi peranti iPhone Pro serta Pro Max ini adalah peranti terbaik dalam pelbagai sudut termasuk keupayaan kamera dan kelicinan pemuka.

Pada masa sama, Samsung menerusi peranti Galaxy S22 Ultra pula terbaik dalam aspek pengalaman penggunaannya.

#ITMetro pada minggu ini akan menyenaraikan tiga peranti pintar terbaik dalam kelas masing-masing.

Peranti terbaik keseluruhan

Apple iPhone 14 Pro / Pro Max

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa peranti pintar paling ikonik iaitu iPhone ini sememangnya dinantikan pelancarannya saban tahun oleh pengguna.

Pada tahun ini, Apple mengambil langkah berani dengan membawa perubahan kepada rekaan skrin paparan untuk variasi Pro serta Pro Max dengan bentuk ‘pill shape’.

Pengenalan ‘pill shape’ berkenaan menamatkan penggunaan rekaan takuk untuk dua variasi berkenaan.

Pada masa sama, ‘pill shape’ itu bukan sekadar satu rekaan, malah ia adalah ‘Dynamic Island’ yang berfungsi memberi maklumat kepada pengguna mengenai beberapa kefungsian.

Prestasi kamera khususnya pada waktu malam juga adalah adalah sangat mengagumkan hasil naik taraf sensor baharu untuk peranti berkenaan.

Ia sekali gus meletakkan peranti ini dinobatkan sebagai ‘Raja Segala Peranti’ untuk tahun ini.

 

SAMSUNG Galaxy S22 Ultra menawarkan skrin adaptif bersama kelicinan kepenggunaan menjadikan peranti itu sesuai untuk penugasan produktiviti tanpa masalah. - FOTO Google
SAMSUNG Galaxy S22 Ultra menawarkan skrin adaptif bersama kelicinan kepenggunaan menjadikan peranti itu sesuai untuk penugasan produktiviti tanpa masalah. – FOTO Google

 

 

OPPO menerusi Find X5 tidak mengecewakan dalam aspek prestasi kamera apabila beroperasi mengagumkan dalam keadaan pencahayaan kurang. - FOTO Google
OPPO menerusi Find X5 tidak mengecewakan dalam aspek prestasi kamera apabila beroperasi mengagumkan dalam keadaan pencahayaan kurang. – FOTO Google

 

Peranti penggunaan terbaik

Samsung Galaxy S22 Ultra

Ketika pengenalan peranti S21 Ultra yang dilihat sebagai ‘pengganti

variasi Note’, Samsung meneruskan inovasi rekaan menerusi siri Galaxy S22.

Hasilnya, variasi Galaxy S22 Ultra adalah sangat mengagumkan khususnya untuk pengalaman penggunaan yang sangat baik tanpa sebarang masalah.

Bersama padanan skrin 6.8 inci LTPO AMOLED yang menawarkan resolusi WQHD+ bersama kadar segar semula adaptif 120Hz membawa peranti berkenaan ke tahap lain.

Peranti ino juga didatangkan dengan integrasi S-Pen, sekali gus ia sangat membantu untuk tujuan produktiviti pengguna.

Peranti kamera terbaik

Oppo Find X5 Pro

Keupayaan kamera sememangnya menjadi faktor pemilihan pengguna.

Gaya hidup pengguna yang terkait dengan media sosial banyak mempengaruhi pemilihan peranti dan

ia bertitik tolak mengenai perkongsian gambar menarik di media sosial.

Untuk itu, Oppo Find X5 Pro dinobatkan sebagai peranti terbaik dalam aspek kamera hasil daripada padanan lensa periskop.

Menggunakan saiz skrin 6.7 inci dengan skrin 10-bit 120Hz QHD+ serta pengecas kapasiti 80W dan pengecas tanpa wayar 50W banyak membantu kemudahan pengguna.

Sensor kamera pula yang didatangkan dengan 50 Megapiksel (MP) memberikan penghasilan imej rakaman lebih baik khususnya ketika pencahayaan kurang.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat