Mangsa Banjir Cecah 67,214

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Jumlah mangsa banjir di seluruh negara terus meningkat kepada 67,214 mangsa yang mewakili 18,450 keluarga setakat jam 2 petang ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata jumlah mangsa itu membabitkan 20 daerah di lima negeri yang terjejas banjir akibat Monsun Timur Laut, sementara jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka pula adalah 469.

“Ini keadaan semasa situasi banjir di seluruh negara khususnya di lima negeri. Secara kumulatifnya, sejak MTL melanda pada awal November, jumlah keluarga ditempatkan di PPS adalah 25,635 keluarga dengan jumlan mangsa dipindahkan 92,157 mangsa iaitu melibatkan 11 negeri,” katanya lapor BH.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima sumbangan Tabung Bantuan Bencana Negara (TBBN) dari FGV Holdings Bhd (FGV) di Parlimen hari ini.

Sumbangan berjumlah RM5 juta itu diserahkan Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif FGV Holdings Bhd, Datuk Dzulkifli Abd Wahab sebagai bantuan untuk mangsa yang terjejas banjir.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, situasi banjir di negara ketika ini berada di tahap kedua dan berada dalam kedudukan terkawal.

Katanya, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga sudah mengeluarkan ramalan barunya bahawa luruan monsun dijangka berlaku di rantau negara sehingga Ahad ini. .

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat