Pemuda UMNO Titiwangsa Bantu Mangsa Banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menyedari ramai penduduk dalam Parlimen Titiwangsa terjejas akibat banjir kilat luar biasa di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, Pemuda UMNO Titiwangsa dan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan telah turun padang menyantuni kira-kira 100 keluarga.

Dalam lawatan ahad malam lepas, Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin telah menyampaikan bantuan wang tunai sebanyak RM200 kepada setiap keluarga yang terkesan di Flat PKNS Kampung Padang, penempatan berhampiran Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Ujung Pasir dan Chow Kit.

“Saya tidak dapat menangani masalah banjir ketika ini namun saya akan membantu mangsa yang terkesan.

“Kawasan ini bukan kali pertama berlaku banjir kilat ini, malah setiap kali berlaku banjir kami pasti hadir menghulurkan apa yang boleh meringankan beban mangsa banjir ini,” katanya.

Dalam kejadian itu, sebanyak 43 rumah Flat PKNS Jalan Tun Razak, Kg Padang tenggelam akibat banjir kilat.

Selain itu, 20 unit kedai Flat PKNS Jalan Tun Razak, Kampung Padang dan sembilan rumah di Kampung Hujung Pasir juga terkesan dengan bencana alam itu.

Dalam masa yang sama, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan turut sama menyampaikan bantuan dalam bentuk barangan yang berupa air mineral, biskut dan beberapa keperluan asas lain.Kg padang seramai 45 keluarga.

“Rumah dinaiki air separas betis semalam menyebabkan banyak barangan elektrik yang rosak,” ujarnya ketika ditemuramah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,613FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat