Anggota penyelamat giat pindah penduduk Sri Muda – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan hari ini anggota penyelamat menggunakan lebih 41 bot dan 16 buah lori juga aset-aset lain bagi memindahkan penduduk yang masih terperangkap dalam bencana banjir di Taman Sri Muda, Klang.

Kata beliau, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga turut menyediakan makanan bermasak untuk dihantar ke rumah mangsa dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), manakala kerja menyelamat dilaksanakan tanpa henti.

“Pemindahan lebih 500 mangsa banjir sudah bermula sejak Jumaat lalu melibatkan anggota pasukan Bomba dan Penyelamat dari balai bomba Shah Alam, Subang Jaya dan Puchong.

“Saya memahami kebimbangan rakyat terhadap mereka yang masih terkandas dan seperti yang saya tegaskan, usaha menyelamat sedang giat dilipatgandakan.

“Terima kasih kepada anggota-anggota pelbagai agensi yang sehingga kini masih berkerja keras tanpa henti.

“Saya juga berterima kasih kepada sukarelawan , Badan Bukan Kerajaan dan ahli Keluarga Malaysia yang menghulurkan bantuan termasuk wakil rakyat.

“Saya akan terus memantau perkembangan ini dan terus berdoa semoga keadaan kembali pulih seperti sedia kala,” kata Perdana Mneteri pada Isnin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat