ICE JTMK 2025 pamer bakat inovatif pelajar PUO

Oleh Zihan Zari

IPOH – Program berimpak tinggi, Innovation & Creativity Exhibition (ICE JTMK) 2025 merupa­kan platform unggul telah menghimpunkan idea dan hasil inovasi pelajar Diploma in Digital Technology (DDT) di bawah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) Politeknik Ungku Omar (PUO).

PUO mencatat kejayaan apabila menganjurkan ICE JTMK 2025 yang telah berlangsung di Dewan Jubli Perak, PUO dekat sini baru-baru ini.

PUO dalam kenyataan berkata ICE JTMK 2025 membuka peluang kepada pelajar untuk mempersembahkan projek akhir mereka kepada panel profesional industri. Ia turut menjadi medan inspirasi dalam menggalakkan budaya inovasi, perkongsian teknologi, dan penyerapan amalan terbaik dalam bidang ICT.

“Tiga trek utama dipertandingkan iaitu Pembangunan Perisian & Aplikasi, Keselamatan Maklumat, dan Sistem Rangkaian dengan pelbagai projek berimpak tinggi dipamerkan.

Dalam pada itu, Projek HADES (Hardware Assisted Device Enforcement Security) dinobatkan sebagai Pemenang Utama (Best Project Award – Overall) di bawah trek Information Security, hasil bimbingan Ts. Maizatul Akmam Ismail.

Selain pengiktirafan kepada pelajar, penghargaan turut diberikan kepada panel industri yang hadir sebagai penilai profesional mewakili pelbagai agensi dan syarikat ternama.

Antaranya, Digital Perak, Juara ICT Sdn. Bhd., Ask Pentest dan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), yang memainkan peranan penting dalam menilai dan menyumbang maklum balas berharga kepada peserta.

“Penganjuran ICE JTMK 2025 bukan sahaja memperkukuh jalinan strategik antara akademia dan industri, tetapi juga memacu pembangunan modal insan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang inovatif, berdaya saing dan relevan dengan keperluan industri digital masa kini, ”kata kenyataan itu.

Senarai pemenang mengikut trek :

  1. Software & Application Development
  • Best Project: BreedLink – Pet Breeding Matchmaking System
  • 1st Runner-Up: Enginuity – Smart Solutions for Engineering
  • 2nd Runner-Up: OptiGrocery App
  • 2. Networking System
  • Best Project: RiverVision – Alerting System for Headwater
  • 1st Runner-Up: Automated Payroll Processing System
  • 2nd Runner-Up: LIFTBOT – Facial Recognition Security

3. Information Security

  • Best Project: HADES – Hardware Assisted Device Enforcement Security
  • 1st Runner-Up: CraxTrap – AI SSH Honeypot with SIEM
  • 2nd Runner-Up: LambdaShield – Serverless Intrusion Detection

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PUO, Amirruddin Samsudin yang telah menyampaikan trofi penghargaan dan turut mengucapkan tahniah kepada semua pelajar, penyelia, dan warga JTMK atas kejayaan menganjurkan program ini.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat