29 Nov ini rakyat berkuasa tentukan masa depan Merotai, bukan masa depan seorang YB – Ruji

KUALA LUMPUR – Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Merotai mengingatkan pengundi terutamanya anak muda untuk menentukan masa depan Merotai pada 29 Nov ini bukannya masa depan seorang Yang Berhormat (YB).

Datuk Ruji Ubi menyatakan bahawa beliau bukan posmen yang sekadar menyampaikan aduan rakyat sebaliknya menyelesaikan masalah yang diadukan tersebut.

“Terima kasih kepada semua belia dan warga Merotai yang hadir malam tadi. Semalam saya tekankan beberapa perkara, antaranya pada 29 November ini, kuasa sebenar ada di tangan anak muda. Pilihan anda akan menentukan masa depan Merotai, bukan masa depan seorang YB.

“Saya bukan posmen yang sekadar menyampaikan aduan — bahkan dalam empat bulan sebelum kempen bermula, beberapa isu yang disuarakan penduduk sudah saya selesaikan dengan menggunakan pengalaman dan kebolehan yang saya ada,” ujar beliau.

Pada majlis Malam Santai Belia Merotai yang berlangsung malam tadi Ruji memaklumkan bahawa Menteri Dalam Negeri merangkap Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut mengingatkan tentang keperluan ruang riadah dan kemudahan sukan untuk belia.

“Kekurangan kemudahan inilah yang mendorong peningkatan gejala sosial. Sebab itu saya komited, jika diberi amanah, lokasi kita berhimpun semalam akan dimanfaatkan sebagai pusat aktiviti anak muda, tempat mereka berkumpul, berlatih dan membina bakat.

“Saya juga berkongsi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meningkatkan peruntukan pembangunan Sabah tahun hadapan.

“Namun sebelum peruntukan itu sampai kepada rakyat, Merotai perlu memilih wakil yang benar-benar bekerja.

“Jadi, saya pohon sokongan dan dukungan dari warga Merotai memberi peluang kepada saya untuk terus berkhidmat buat semua.

“Terima kasih kepada Datuk Seri Saifuddin Nasution dan semua yang menjayakan program malam santai belia. Semoga usaha ini menjadi titik mula pembaharuan yang lebih besar untuk Merotai,” kata Ruji.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat