Fasa Satu pembayaran BPN 2.0 disalurkan kepada 9.86 juta penerima B40, M40

Video dikait menteri kanan: Nazri gesa disiasat dan dakwa tanpa pilih kasih

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mengamalkan pilih kasih terhadap mana-mana pendakwaan dan...

Pesakit beratur panjang, ini penjelasan Hospital Selayang

KUALA LUMPUR -Hospital Selayang tampil menjelaskan video tular yang melaporkan pesalit beratur panjang untuk mendapatkan rawatan di klinik pakar hospital itu. Pengarah Hospital Selayang, Dr...

Tok Mat sokong Muhyiddin adakan PRU-15

SEREMBAN: Hasrat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebaik sahaja penularan pandemik COVID-19 berakhir adalah tepat. Timbalan Presiden...

Kutipan cukai untung luar biasa sawit dijangka cecah RM500 juta – Pengerusi MPOB

BANGI:  Kerajaan dijangka memperoleh hasil kutipan cukai untung luar biasa daripada sawit sekitar RM500 juta pada 2021 jika harga minyak sawit mentah (MSM) mencatat...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

KUALA LUMPUR: Pembayaran Fasa Pertama  Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi 7 juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40, setakat ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata  tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 telah berakhir pada 15 November 2020 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi KITA PRIHATIN.

“Sehubungan itu, pembayaran Fasa Kedua beserta bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus akan dibuat dalam bulan Januari 2021,” katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-29 yang dikeluarkan hari ini.

Bagi Geran Khas PRIHATIN (GKP) pula, Tengku Zafrul berkata mereka yang telah membuat permohonan sehingga tarikh tutup 31 Oktober, boleh menyemak status permohonan bermula 27 November manakala pembayaran dijangka bermula pada 30 November.

“Dijangka bahawa 200,000 PKS Mikro layak bakal menerima bantuan one-off (sekali) berjumlah RM3,000 dengan bayaran keseluruhan RM600 juta,” katanya.

Mengenai Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) yang bermula sejak Oktober 2020, beliau berkata setakat 6 November, sebanyak RM122.19 juta telah dibelanjakan bagi membantu 24,762 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan seramai 203,654 pekerja.

Sementara itu, Tengku Zafrul menegaskan kerajaan terus komited untuk memulih dan merancakkan semula pertumbuhan ekonomi demi memperkukuh daya tahan negara dalam mendepani sebarang bentuk krisis.

Menurutnya, kerajaan telah menggariskan tiga matlamat utama di bawah Belanjawan 2021 iaitu untuk menjamin kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.

“Kesemua inisiatif dan program yang telah diumumkan menerusi Belanjawan 2021 dijangka dapat menambah 4 mata peratusan kepada KDNK negara pada tahun hadapan, dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Ini merupakan kesinambungan daripada pakej rangsangan ekonomi iaitu PRIHATIN, PENJANA dan KITA PRIHATIN yang telah menyumbang antara 3.7 – 4 mata peratusan kepada KDNK negara tahun ini,” kata Tengku Zafrul.

Dalam laporan itu, beliau juga berkata mungkin ada wujud tanggapan salah atau persoalan mengenai pelaksanaan moratorium tersebut berdasarkan maklumat yang diterima daripada Bank Negara Malaysia.

Ini termasuk persoalan mengenai bantuan kewangan, bantuan pembayaran semula bersasar, dokumentasi bagi bank-bank, proses permohonan, kadar faedah dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat  (CCRIS).

-BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan

Video dikait menteri kanan: Nazri gesa disiasat dan dakwa tanpa pilih kasih

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mengamalkan pilih kasih terhadap mana-mana pendakwaan dan...

Pesakit beratur panjang, ini penjelasan Hospital Selayang

KUALA LUMPUR -Hospital Selayang tampil menjelaskan video tular yang melaporkan pesalit beratur panjang untuk mendapatkan rawatan di klinik pakar hospital itu. Pengarah Hospital Selayang, Dr...

Tok Mat sokong Muhyiddin adakan PRU-15

SEREMBAN: Hasrat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebaik sahaja penularan pandemik COVID-19 berakhir adalah tepat. Timbalan Presiden...