Anwar beritahu Presiden Palestin perlu usaha tuntas hentikan keganasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepakat dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk menghentikan sebarang bentuk keganasan terhadap rakyat Palestin.

“Saya sempat mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bagi membincangkan perkembangan terkini di Gaza.

“Kami berdua sepakat bahawa perlunya usaha tuntas bagi menghentikan sebarang bentuk keganasan yang berlaku ketika ini.

“Kami juga berharap agar semua pihak dapat berusaha untuk memastikan bantuan kemanusian disalurkan dengan segera kepada rakyat Palestin,” kata Anwar dalam ciapan di aplikasi X pada Jumaat.

Semasa perbualan ini, Anwar juga menerima penjelasan terkait serangan yang dilakukan rejim Zionis ke atas orang awam, sayugia kami berdua mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat