Kukuhkan kerajaan bukan ugut PM – Jeffrey Kitingan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai tindakan membuang masa kerana tiada jaminan Perdana Menteri selepas itu mampu bertahan lama, kata, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Susulan itu, memetik laporan Malaysiakini beliau mendesak rakan sekutu Perikatan Nasional (PN) untuk mengetepikan politik kepartian buat sementara waktu ekoran pertembungan pemimpin UMNO dan Muhyiddin selaku Presiden Bersatu.

“Saya khuatir tindakan seperti itu akan mengundang oportunis untuk mengganggu fungsi pemerintahan seperti apa yang dilakukan oleh (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

“Pada saat ini, ketika kita menghadapi krisis ekonomi dan Covid-19, mengapa kita harus menambah masalah ketidakstabilan politik sedia ada?” katanya.

Ahli Parlimen Keningau dan Adun Tambunan itu berkata sebagai sekutu kerajaan PN semua pihak harus memperkuatkan pemerintah, bukan mengugut Perdana Menteri.

“Bilakah ia akan berakhir? Saya rasa mereka harus membantu mengukuhkan kerajaan, bukan melemahkannya,” tambah Timbalan Ketua Menteri Sabah itu.

Jeffrey turut menganggap cadangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) agar Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menjadi perdana menteri sehingga PRU15 sebagai tidak logik.

Hal itu kerana, menurut beliau, tidak ada apa-apa yang salah pada Perdana Menteri sekarang.

“Sekiranya mereka mengatakan Muhyiddin tidak memerintah dengan majoriti ahli Parlimen, apa yang membuat mereka berfikir Tun Mahathir boleh lakukan? Dia hanya mempunyai lima ahli parlimen,” katanya.

Jeffrey berkata negara kini dalam tempoh berperang dengan musuh yang tidak kelihatan, oleh itu semua pihak seharusnya bekerjasama dalam memastikan pertempuran itu dimenangi.

Selain itu, beliau juga turut memberi amaran bahawa pergolakan politik yang berterusan dan kemungkinan kejatuhan kerajaan semasa boleh mengakibatkan keadaan darurat.

Katanya, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Sabah kini stabil dan fokus pada cabaran yang akan datang.

“Kami bersatu dalam GRS, dan kerajaan sedang fokus untuk memerangi Covid-19 dan memulihkan ekonomi untuk kesejahteraan dan manfaat rakyat selepas menderita selama hampir dua tahun di bawah pentadbiran Warisan Plus,” tambahnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat