Exists masih relevan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ezad Lazim mengaku impak Konsert Exists Reunion di Stadium Malawati, Shah Alam, tahun lalu, menjadi faktor kumpulan terbabit tersenarai dalam kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33.

Ezad yang juga vokalis Exists selama lebih sedekad sebelum membawa haluan sendiri berkata, pencalonan itu disambut gembira ahli kumpulan dan membuktikan gandingan semula atau ‘reunion’ mereka mendapat maklum balas positif.

“Berita pencalonan itu kami terima daripada peminat. Mula-mula dapat tahu, kami terkejut kerana tidak sangka Exists yang sudah lama tidak membuat persembahan bersama dan menghasilkan lagu baharu, bolos senarai yang rata-ratanya didominasi artis muda.

 

Barisan anggota Exists melangkaui pelbagai era yang terus menawan hati peminat sehingga tercalon pada ABPBH 33. Foto Ig Exists Band Official
Barisan anggota Exists melangkaui pelbagai era yang terus menawan hati peminat sehingga tercalon pada ABPBH 33. Foto Ig Exists Band Official

 

“Kami sangka Exists sudah dilupakan tapi ternyata, kami silap,” katanya kepada BH Online.

Ezad berkata, soal menang atau kalah bukanlah suatu keutamaan.

“Sebelum ini, pada awal kemunculan dan zaman saya masih bersama band ini, Exists pernah dicalonkan.

“Saya yang kerap buat single tidak pernah dicalonkan untuk kategori Penyanyi Lelaki Popular. Justeru, selepas hampir dua dekad tidak tersenarai dan kembali dicalonkan, tentunya ia sesuatu yang cukup menggembirakan kami semua,” katanya.

Bagi kategori itu, antara lain, Exists bersaing dengan Drama Brand, Floor 88, Kugiran Masdo dan Azarra Band.

Sementara itu, pemain keyboard Exists, Ajai menyifatkan pencalonan ABPBH 33 menjadi pembakar semangat untuk mereka terus berkarya.

“Saya mengaku ini adalah impak konsert reunion di mana kesannya berlanjutan hingga hari ini. Saya bersyukur masih ada peminat yang meminati dan sudi menghargai karya kami.

“Kita tahu kebanyakan peminat Exists sudah berusia. Namun, dengan pencalonan ini, secara tidak langsung membuktikan kami mampu menawan hati orang muda,” katanya.

Ajai berkata, dia dan teman-teman merancang menjayakan konsert jelajah di enam lokasi terpilih di seluruh negara apabila keadaan pulih.

“Kita berdoa semoga keadaan kembali pulih dan kita boleh kembali membuat persembahan demi menghiburkan peminat,” katanya.

Pada 2004, Exists merangkul trofi Artis Berkumpulan/Duo Popular pada Anugerah Bintang Popular BH Ke-17.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat