YSN, MAIWP sumbang peralatan kesihatan, bakul makanan kepada warga PDRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yayasan Seri Negara (YSN) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengagihkan sumbangan berupa bakul makanan dan peralatan kesihatan kepada golongan memerlukan dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.

Penaung YSN, Tan Sri Mazlan Lazim, berkata sebanyak 1,050 bakul makanan diagihkan kepada semua balai di bawah Kontinjen Polis Kuala Lumpur, yang merangkumi 10 jabatan dan enam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) iaitu IPD Dang Wangi, Wangsa Maju, Putrajaya, Brickfields, Sentul dan Cheras.

Katanya, sumbangan peralatan kesihatan merangkumi 21 katil pesakit, 12 kerusi roda dan 30 tongkat pula akan diserahkan kepada penerima sumbangan yang terdiri daripada golongan asnaf dan orang kurang upaya.

Penerima lain, katanya, balu anggota polis, anak kelainan upaya, anak-anak yatim, pesakit kronik dan pesara polis yang menghidap penyakit kronik, pesara polis dari golongan asnaf dan pesakit terlantar.

“Keseluruhan jumlah sumbangan berupa makanan dan peralatan kesihatan yang diserahkan hari ini bernilai RM150,000,” katanya pada majlis itu di IPK Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Mazlan yang juga bekas Timbalan Ketua Polis Negara berkata, pihak Yayasan Seri Negara amat berbesar hati kerana dapat menjalinkan kolaborasi bersama MAIWP dan PDRM IPK KL untuk melaksanakan kerja amal dan murni berkenaan yang diyakini dapat meringankan beban penerimanya.

Katanya, program yang dijalankan oleh pihak Yayasan Seri Negara bermula sejak tahun 2022 sehingga kini, sudah mencecah 30 program dan memberi manfaat kepada 2,995 penerima, membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM495,000.

Daripada keseluruhan program, katanya, sebanyak 24 program membabitkan PDRM dengan jumlah sumbangan sebanyak RM376,000 disalurkan kepada PDRM di seluruh negara. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat