P. Radhi Teruja Tiara Versi P. Ramlee Disambut Baik

- Advertisement -

‘’Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan kepada Luncai Emas Sdn Bhd yang menerima saya, serta memberi peluang untuk ‘cover’ lagu Tiara. Lagu Tiara ciptaan Dato M Nasir memang sudah terbaik, dan saya sekadar menyanyikannya dalam versi P. Ramlee. Kenapa versi P. Ramlee, sebab saya menjuarai Bintang P. Ramlee Kebangsaan pada tahun 2016. Saya juga sangat meminati Tan Sri P. Ramlee dan dari kecil saya sudah dibiasakan dengan lagu-lagu dan lakonan-lakonan arwah Tan Sri P. Ramlee.

Saya tidak sangka versi P. Ramlee yang bermula daripada nyanyian bersahaja di Tik Tok menjadi viral dan mendapat sambutan baik. Ramai juga yang mengatakan rindu pada arwah Tan Sri P. Ramlee dengan dendangan itu. Saya terharu dan gembira dapat mengingatkan kembali orang ramai kepada seniman Agung kita. Terima kasih kepada semua yang menyokong dan mendoakan saya. “Jelas P. Radhi tentang rilisan terbarunya secara ‘cover’, Tiara.

 

TIARA
P. Radhi
TIARA MENGGAMIT KENANGAN ZAMAN PERSEKOLAHAN
TIARA KU MIMPI KITA BERSANDING ATAS KAYANGAN
SEAKAN BISA KU SENTUH PERISTIWA SEMALAM
DI MALAM PESTA ENGKAU BISIKKAN
KATA AZIMAT DI TELINGA
KITA TERPAKSA BERPISAH UNTUK MENCARI ARAH
KITA DIPUKUL OMBAK HIDUP ALAM YANG NYATA
ENGKAU JAUH MENITI PUNCAK MENARA GADING
YANG MENJANJIKAN HIDUP SEMPURNA
TAPI AKU HANYA TUNDUK KE BUMI
HIDUP TERTEKAN
JIKA KAU BERTEMU AKU BEGINI
BERLUMPUR TUBUH DAN KERINGAT MEMBASAH BUMI
DI PENJARA TERKURUNG TERHUKUM
HANYA BERTEMANKAN SEPI
BISAKAH KAU MENGHARGAI
CINTAKU YANG SUCI INI
OH! TIARA PEDIHNYA
DAPATKAH KAU MERASAKAN
BISAKAH, MASIH BISAKAH
ENGKAU HARGAI CINTAKU LAGI
OH! TIARA PEDIHNYA DAPATKAH KAU MERASAKAN
OH! TIARA PEDIHNYA DAPATKAH KAU MERASAKANNYA
TIARA OH.!
Lagu & Lirik : M.Nasir  Hakcipta : Luncai Emas Sdn BhdP.
 

Radhi atau nama penuhnya Muhammad Radhi AB. Rahman, 31 tahun, merupakan Juara Bintang P. Ramlee 2016, adalah artis tandatangan baru dibawah Luncai Emas Sdn Bhd. LuncaiEmas bakal mengeluarkan beberapa single lagi secara ‘cover’ mahupun ‘original’ selepas Tiara dan juga beberapa lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan dendangan dan gaya tersendiri P. Radhi.

Video Muzik ‘Tiara’ P. Radhi dimana penggambarannya dibuat sepenuhnya di Melaka telahpundimuat naik di saluran youtube Luncai Emas dan setelah 3 hari sahaja telah mencapai 30 ributontonan. Video muzik tersebut diarahkan oleh Juril Jumali, diinpirasikan dari filem Penarek Becha. ‘Tiara’ versi P. Ramlee boleh didengari di semua pelantar strim seperti Spotify, Joox, Apple Music, KKBox, Deezer dan Itunes Store. Sekian , Terima Kasih

suara.tv

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat