Satu Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD Bermula Rabu – MKN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Garib, Matunggong di Kudat, Sabah bermula Rabu ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, berkata PKPD akan dilaksanakan selama dua minggu hingga 5 Oktober ini dan semua prosedur operasi standard (SOP) sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Dalam pada itu, kerajaan hari ini juga memutuskan PKPD Kampung Dusun Pak Senam, Mukim Ulu Jelai di Lipis, Pahang yang sepatutnya tamat esok akan dilanjutkan selama dua minggu lagi.

“Tempoh PKPD dilanjutkan bermula Rabu ini hingga 5 Oktober ini setelah kerajaan meneliti analisa Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai pernilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Rodzi berkata PKPD tujuh lokaliti di Sabah akan ditamatkan esok mengikut tarikh yang dijadualkan kecuali PKPD Kampung Lotong di Kota Marudu yang ditamatkan lebih awal daripada tarikh asal.

“PKPD yang ditamatkan ialah di Kampung Tanjung Batu Tengah di Tawau dan Taman Limauan, Kinarut, Papar serta dua lokaliti di Kota Belud iaitu Kampung Pantai Emas dan Kampung Lentigi.

“Turut ditamatkan, PKPD Kampung Mompilis, Matunggong di Kudat dan Kampung Pahu Pinawantai di Ranau,” katanya.

Katanya lagi, PKPD Kampung Lotong bermula 1 September lalu yang sepatutnya tamat pada 28 September ini akan ditamatkan lebih awal esok. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat