42,875 Remaja Di Pahang Dijangka Selesai Terima Vaksin Sebelum 30 September

- Advertisement -

KUANTAN – Pahang mensasarkan pemberian imunisasi Covid-19 kepada kumpulan remaja pertama berusia 16 hingga 17 tahun berjumlah 42,875 bagi seluruh negeri ini menerusi Program Imunisasi Covid-19 Remaja.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, pemberian imunisasi bagi kumpulan tersebut dijangka selesai 30 September ini sebelum pembukaan sesi persekolahan bagi membolehkan sekolah dibuka dan beroperasi dengan selamat.

Menurutnya, program tersebut dilaksanakan di 22 buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam, 44 buah PPV Institusi Pendidikan, dua PPV jangkauan luar dan empat PPV Klinik Kesihatan yang telah ditetapkan di peringkat daerah masing-masing dengan penglibatan penuh daripada Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat Kebajikan Masyarakat seluruh negeri.

“Kalau ikutkan, seramai 173,000 remaja di negeri ini berusia 12 hingga 17 tahun layak dan dianggarkan 136,000 orang merupakan pelajar sekolah, tetapi hari ini, hanya mereka yang berusia 16 dan 17 tahun diberi keutamaan menerima suntikan vaksinasi.

“Mereka yang terdiri daripada pelajar ini datang dari sekolah atau institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan, Majlis Amanah Rakyat, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Maahad Tahfiz Negeri Pahang serta institusi swasta termasuklah institusi tahfiz, pondok dan madrasah persendirian.

“Dalam pada itu, pihak kami masih lagi cuba mengenal pasti dan mengumpul data pelajar yang datang daripada sekolah tidak rasmi atau yang belum berdaftar dengan kementerian untuk dimasukkan dalam program ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau perlaksanaan vaksinasi kepada remaja di Wisma Belia Indera Mahkota, di sini hari ini. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat