KPM lantik lebih 18 ribu guru isi kekosongan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan Pengambilan Khas seramai 18,702 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara one-off bagi mengisi kekosongan guru di sekolah KPM.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin dalam jawapan lisan pertanyaan Ahli Parlimen (PAS-Jerai), Sabri Azit berkata, berdasarkan data sehingga 19 September 2021, terdapat 21,564 kekosongan guru di sekolah KPM seluruh negara.

“Dengan mengambil kira pengambilan one-off tersebut, baki kekosongan 2,862 akan diisi melalui proses lantikan biasa secara berterusan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Ujar Radzi, KPM yakin dengan pengambilan one -off ini perkara berkaitan kekurangan guru yang telah berlanjutan bertahun-tahun lamanya akan dapat diselesaikan.

“Urusan pengambilan PPP ini adalah di bawah bidang kuasa SPP selaku Pihak Berkuasa Melantik.

“Dari segi kriteria pemilihan, keutamaan akan diberikan kepada graduan yang mempunyai kelayakan ikhtisas pendidikan daripada Universiti Awam (UA), Universiti Swasta dan universiti luar negara untuk dilantik secara tetap,” jelasnya.

Tambah beliau, selain daripada itu, calon juga perlu memenuhi syarat skim perkhidmatan, memenuhi padanan Kluster Mata Pelajaran dan berjaya dalam temu duga SPP.

“Temu duga tersebut menilai kompetensi umum seperti sikap, penampilan diri, pengetahuan am dan kompetensi fungsional seperti kandungan mata pelajaran dan pedagogi.

“Sekiranya bilangan calon yang berjaya dilantik dalam kalangan graduan yang mempunyai kelayakan ikhtisas pendidikan masih belum mencukupi, maka SPP akan melaksanakan kaedah lantikan secara Contract of Service (CoS) dalam kalangan calon-calon yang tidak mempunyai kelayakan ikhtisas pendidikan,” kata beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat