‘Malaysia sokong usaha gencatan senjata, sidang tergempar OIC, negara bukan Islam senada dijemput’ – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyokong penuh usaha merealisasikan gencatan senjata dan perdamaian berpanjangan di Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia juga sewajarnya dipelopori oleh negara-negara penting termasuk Turkiye, Qatar dan Iran.

Jelas beliau, sokongan itu termasuk cadangan Turkiye untuk menghimpunkan pimpinan dunia Islam menerusi sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Perkara itu dinyatakan oleh Anwar kepada Presiden Iran, Dr Masoud Pezeshkian dan ahli Biro Politik Hamas, Dr Basem Naim, ketika menghubungi mereka sebelum berlepas ke India, lewat petang semalam.

“Himpunan itu bertujuan menyelaras gerakan dan mengenakan tekanan lebih hebat terhadap Amerika Syarikat serta sekutunya, supaya mendesak rejim Zionis Israel segera menghentikan serangan dan pengeboman di Gaza.

“Alhamdulillah, Kerajaan Iran dan Hamas senada dan menyokong inisiatif ini, termasuk cadangan menjemput negara bukan Islam yang turut mendukung keadilan dan memperjuangkan hak kemanusiaan buat rakyat Palestin seperti Afrika Selatan, Brazil, Sepanyol, Ireland dan Portugal,” katanya dalam kenyataan di Facebook, pada Selasa.

Pada masa sama katanya, beliau bersama Dr Masoud dan Dr Basem turut bersetuju bahawa usaha mewujudkan perdamaian itu perlu dimulakan dengan rejim Israel menghentikan sepenuhnya serangan dan kekejaman terhadap rakyat Palestin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat