Pemimpin DAP Kecewa UMNO Kembali Berkuasa Menerusi Pelantikan Ismail Sabri

- Advertisement -

PETALING JAYA – Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua seolah-olah menyalahkan pembangkang apabila membiarkan UMNO terus kembali berkuasa menerusi pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Ahli Parlimen Damansara itu membayangkan demikian menerusi hantaran Facebook beliau hari ini.

“Ditendang keluar dari kerajaan pada Februari 2020 adalah cukup buruk. Tetapi berperanan utama yang membolehkan UMNO kembali berkuasa? Ini satu tamparan,” katanya.

Beliau sebelum ini mengesa blok pembangkang memberi pertimbangan kepada tawaran rentas parti yang dikemukakan Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menghentikan kemelut politik ketika ini dan demi kepentingan rakyat.

Ketika menyatakan pandangan itu, Tony Pua berkata, Perdana Menteri meminta bertemu dengan semua pemimpin pembangkang bagi membincangkan cadangannya ke arah mewujudkan persefahaman rentas parti dan pembangkang sekurang-kurangnya perlu bersetuju menghadiri pertemuan itu.

“Pada pandangan saya, jika tidak dapat memastikan majoriti untuk ketua pembangkang, kita mesti memberi pertimbangan penuh kepada tawaran Muhyiddin.

“Lagi pun, semuanya adalah untuk rakyat dan tiada apa-apa yang merugikan,” katanya.

Sebelum ini, Muhyiddin membentangkan cadangan rangka persefahaman rentas parti, mengandungi tujuh perkara yang akan dilaksanakan kerajaan jika usul undi percaya terhadap beliau diluluskan di Dewan Rakyat.

Muhyiddin dilaporkan berkata, cadangan itu dibuat selepas Perikatan Nasional (PN) mencapai kata sepakat berunding dengan pimpinan parti di luar gabungan itu bagi meluluskan undi percaya kepada Perdana Menteri, selepas mengambil kira keadaan semasa, yang mana tiada seorang pun ahli Dewan Rakyat lain yang mendapat sokongan majoriti sebagai Perdana Menteri ketika itu. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat