Gara-Gara Tersilap Cakap, Jurucakap Kementerian Luar Sudan Jadi Penganggur

- Advertisement -

SUDAN: Jurucakap rasmi kementerian luar Sudan, dilucutkan jawatan apabila membuat komen tidak sah – seolah menunjukkan wujud perbincangan antara negara itu dengan Israel untuk menormalkan hubungan kedua negara.

Perkembangan pada hari Rabu itu terjadi setelah Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Israel minggu lalu mengumumkan bahawa mereka akan menjalin hubungan diplomatik, sebuah perjanjian yang dikecam oleh rakyat Palestin sebagai “pengkhianatan” kepada perjuangan mereka.

Perjanjian itu menjadikan UAE sebagai negara Arab ketiga – setelah Mesir dan Jordan – mempunyai hubungan penuh dengan Israel.

Pemangku Menteri Luar Negeri Sudan Omar Qamar al-Din “telah memecat Haidar Badawi dari jawatannya sebagai jurucakap dan ketua bahagian media” di kementerian itu, demikian menurut kenyataan agensi berita rasmi SUNA semalam.

Ia berlaku sehari selepas Badawi mengatakan Sudan “menantikan kesepakatan damai dengan Israel”.

“Tidak ada alasan untuk melanjutkan permusuhan antara Sudan dan Israel,” kata Badawi seperti dipetik oleh Sky News Arabia.

“Kami tidak menafikan ada komunikasi” dengan Israel, tambahnya, mengatakan kedua-dua negara akan memperoleh banyak keuntungan melalui kesepakatan.

Ucapan Badawi mendapat respon segera Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang berjanji untuk “melakukan semua yang diperlukan” untuk menyelesaikan kesepakatan.

Qamar al-Din berusaha menjauhkan diri dari komen Badawi, dengan mengatakan bahawa “kami juga kehairanan”.

Dia menegaskan kementeriannya tidak pernah membincangkan isu hubungan dengan Israel.

Pada bulan Februari, Netanyahu bertemu dengan Jenderal Abdel Fattah Burhan, ketua pemerintahan peralihan Sudan, ketika dalam perjalanan rahsia ke Uganda, di mana kedua-dua pemimpin itu bersetuju untuk meneruskan normalisasi hubungan kedua negara, menurut pegawai Israel.

Seorang pegawai kanan Palestin ketika itu, mengecam pertemuan tersebut sebagai “menikam belakang rakyat Palestin”

Kesepakatan Israel dengan Sudan merupakan satu tamparan kepada rakyat Palestin, yang telah lama mendesak dunia Arab menekan Israel untuk membuat konsesi kepada mereka sebagai syarat untuk normalisasi.

Tembok sokongan Arab itu telah lama menjadi salah satu kekuatan Palestin terhadap Israel.

Sudan, sebuah negara Arab yang majoriti rakyat beragama Islam, menjadi tuan rumah satu persidangan Arab yang terkenal; setelah perang 1967 di mana lapan negara Arab meluluskan “3 TIDAK”: tidak ada perdamaian dengan Israel, tidak ada pengiktirafan Israel dan tidak ada rundingan – Al Jazeera

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat