Malaysia Di Tangga Teratas Asia Tenggara Dalam Indeks Peralihan Tenaga

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Malaysia telah diiktiraf sebagai negara terbaik di Asia Tenggara dalam Indeks Peralihan Tenaga (Energy Transition Index) oleh World Economic Forum baru-baru ini.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, indeks tersebut mengambil kira prestasi sistem dan kesediaan negara untuk beralih ke sumber tenaga yang lebih mesra alam.

Jelasnya pencapaian ini menunjukkan bahawa Malaysia berada di landasan yang tepat bagi pengurusan peralihan tenaga yang pantas, selamat dan berpatutan.

“Malaysia juga mempunyai pelbagai kelebihan strategik seperti lokasi yang strategik, sumber tenaga boleh baharu (TBB) yang pelbagai dan tahap kemahiran yang tinggi untuk menjadi peneraju serantau dalam bidang peralihan tenaga.

“Malaysia dijangka mampu meraih peluang untuk menarik pelaburan global dalam sektor teknologi bersih yang telah mencecah RM 5 trillion pada 2022.

“Nilai ini dijangka akan terus meningkat pada tahun-tahun mendatang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu kementerian juga akan meluncurkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (National Energy Transition Roadmap, NETR) Fasa 1 semasa program Invest Malaysia KL 2023 Special Series anjuran Bursa Malaysia dengan kerjasama CLSA dan Maybank di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur.

Rafizi menambah peluncuran NETR Fasa 1 merupakan titik permulaan dalam usaha mengarusperdanakan peralihan tenaga naratif pembangunan negara.

“NETR akan mengumumkan pelaksanaan 10 projek rintis perdana yang dijangka menjana pelaburan berjumlah RM 25 billion, pewujudan 23,000 peluang pekerjaan yang berkualiti tinggi serta pengurangan pelepasan karbon dioksida setara melebihi 10,000 gigagram setahun secara kumulatif.

“NETR adalah tindakan tuntas susulan pembaharuan dasar semasa berkaitan TBB oleh Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim, khususnya peningkatan sasaran baharu kapasiti terpasang TBB daripada 40% pada tahun 2035 kepada 70% menjelang tahun 2050. Sasaran yang lebih tinggi dijangka dapat mewujudkan peluang ekonomi baharu selain menarik syarikat multinasional, khususnya RE100 untuk beroperasi di Malaysia.

Sejumlah RM637 bilion pelaburan diperlukan bagi peningkatan TBB sehingga 2050 yang merangkumi sumber penjanaan TBB, pengukuhan infrastruktur grid termasuk sambung tara, integrasi sistem penstoran tenaga dan kos operasi sistem rangkaian grid.

Kementerian Ekonomi berharap NETR dapat memandu agenda strategik untuk mencipta peluang pekerjaan baharu bergaji tinggi, merancakkan penyertaan pelaburan dalam dan luar negara, menjamin kelangsungan bekalan tenaga negara, dan menjadikan Malaysia peneraju serantau dalam industri tenaga bersih dalam jangka masa panjang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat