Polis Thailand Tahan 16 Penunjuk Perasaan Di Bangkok

- Advertisement -

BANGKOK: Polis Thailand menahan 16 penunjuk perasaan yang terlibat dalam demonstrasi di Bangkok pada Ahad.

Lapan anggota polis cedera dalam tunjuk perasaan itu, tetapi jumlah penunjuk perasaan yang cedera belum diketahui.

Timbalan Komander Biro Polis Metropolitan Jeneral Piya Tawichai berkata mereka yang ditahan termasuk empat remaja berusia antara 15 dan 17 tahun, di empat lokasi berasingan di Bangkok dan kawasan sekitar pada malam Ahad.

“Sebanyak 14 lastik dan 70 peluru kaca, sebilah pisau dan pisau saku ditemui di dalam kenderaan yang dinaiki penunjuk perasaan,” katanya, dipetik oleh Thai PBS.

Sementara itu, Piya mempertahankan tindakan polis kerana amaran sudah berkali-kali diberikan sebelum melepaskan anggota keselamatan menembak gas pemedih mata, meriam air dan peluru getah.

“Polis mematuhi prosedur operasi standard antarabangsa yang melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan,” katanya.

Pada Ahad, polis anti rusuhan melepaskan gas pemedih mata, meriam air dan peluru getah terhadap penunjuk perasaan di Bangkok yang ingkar larangan perhimpunan awam dan sekatan COVID-19.

Mereka mengulangi permintaan agar Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berundur.

Penunjuk perasaan mendakwa kerajaan pimpinan Prayuth gagal mengurus pandemik COVID-19 dan program vaksin yang perlahan.

Media tempatan melaporkan kira-kira 1,000 penunjuk perasaan mula berkumpul di Monumen Demokrasi di Ratchadamnoen Avenue sejak petang Ahad dan kemudian berarak menuju Rumah Kerajaan.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat