Vivo iQOO U1 Dengan Skrin FHD+ 6.53 Inci, Snapdragon 720G Diumumkan

- Advertisement -

Sebelum ini Vivo telah mengumumkan model baru iQOO Z1x 5G dengan cip Snapdragon 765G di China. Terbaru, satu lagi model telah berlabuh di pasaran iaitu Vivo iQOO U1.

IQOO U1 menampilkan skrin LCD bersaiz 6.53 inci dengan nisbah 19.5: 9 serta resolusi 2340 x 1080 pixel. Ia dikuasakan oleh pemproses Octa-Core Snapdragon 720G dengan pilihan 6GB / 8GB RAM dan pilihan storan dalaman 64GB / 128GB. Peranti ini turut menggunakan pengimbas cap jari yang dipasang di sisi serta dijalankan pada IQOO UI berasaskan Android 10.0.

Untuk fungsi fotografi, terdapat tiga kamera di belakang dengan gabungan 48MP (f/1.79) kamera utama + 2MP (f/2.4) pengesan kedalaman + 2MP (f/2.4) kamera makro. Untuk selfie, peranti ini hadir dengan lensa 8MP dengan bukaan f/2.0. Selain itu, model pertengahan ini turut bawakan bateri berkapasiti 4500mAh dengan sokongan pengecas pantas 18W.

Spesifikasi Vivo iQOO U1 :-

  • Skrin 6.53-inci dengan resolusi 2340×1080 pixels dan nisbah 19.5:9
  • Pemproses Octa-Core Snapdragon 720G 8nm dengan GPU Adreno 618
  • RAM 6GB / 8GB LPDDR4x
  • Memori Dalaman 64GB / 128GB (UFS 2.1)
  • Platform Android 10 Dengan iQOO UI 1.0
  • Kamera 48MP (Utama) + 2MP (Bokeh) + 2MP (Makro)
  • Kamera Selfie 8MP
  • Pengimbas Cap Jari Di Sisi
  • Sokongan Dual 4G VoLTE, Wi-Fi 6 802.11 ax, Bluetooth 5.1
  • Bateri 4500mAh Dengan Pengecas Pantas 18W
  • Pilihan Warna Hitam, Biru, Dan Putih.
  • Harga Vivo iQOO U1 Di Malaysia Dijangka Sekitar RM799

Untuk pasaran China, Vivo iQOO U1 akan dijual dengan harga bermula 1198 Yuan untuk model 6GB/64GB sehingga 1598 Yuan untuk model 8GB/128GB.

Mesramobile.com

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat