Utusan Malaysia Kembali

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Akhbar Utusan Malaysia kembali diterbitkan hari ini selepas 9 bulan tidak beroperasi dengan slogan ‘Pemikiran Baru’.

Difahamkan, berbeza dengan yang dulu, Utusan kali ini akan lebih menekankan kepada aspek pendigitalan walaupun masih mengekalkan edisi cetak.

Profesor Sosiologi Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian seperti dipetik Awani berkata, tiga aspek penting yang diperlu digarapkan akhbar berkenaan lanjutan dari kemunculan semula ini, adalah akses yang mudah, kandungan tepat dan interaksi terhadap pendekatan baharu.

Berikutan masalah kewangan yang meruncing, operasi akhbar Utusan terpaksa ditutup pada 7 Oktober 2019 yang lepas. Perkhidmatan semua kakitangan syarikat itu pula tamat berkuatkuasa pada 31 Oktober.

Pembukaan semula operasi Utusan mendapat respon segera pemimpin UMNO, antara lain oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa melalui akaun Twitternya dengan ciapan “Selamat Kembali ke persada penerbitan Dan kewartawanan..Selamat kembali berjuang demi Agama Bahasa Nusa Dan Bangsa…” – SuaraTV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat